Kata Mutiara Kehidupan


Assalamulaikum awak semua.. Allah lama sangaat eka dah tinggalkan dunia berblogging nii. Banyaknyee lumut. ish ish ish.

Alhamdulillah berkat kesabaran akhirnya tamat sudah pengjian eka di salah sebuah kolej matrikulasi di Malaysia ni. Bagi adik-adik batch 96 yang bakal melanjutkn pengajian ke matrik, pesan akak cuma satu :

once you've stepped into a matriculation college, please do not waste this opportunity. I really hope you will study hard and score in every test given.
InshaaAllah your life will be easier and path to take degree become brighter :)


 "Before you ask which way to go,
remember where you've been."

"eka, apa kaitan caption di atas dengan tajuk kita hari ini?"
ishh, kamu ni.. sabar dongg. hari ini eka nak share serba sedikit kata-kata mutiara kehidupan. maksud lainnya bila mana kita baca kata-kata mutiara di kala kita sedih atau kecewa atau rasa down dan sebagainya, inshaaAllah ia mampu mngembalikan semanagat kita dengan izin Allah.

Bila kita ditimpa ujian atau dugaan, kita mesti nak ada orang yang support kita kan? Tapi kalau waktu tu tiada siapa yang sudi bertandang memberi kata-kata semangat kepada kita, macam mana kita nak buat? takkan kita hanya nak menangis dan menyalahkan takdir betul tak?

Kalau orang lain tanya apa yang eka buat di saat diri berasa lemah, jawapan eka menangis semahu-mahunya dan solat sujud kepada Allah :)
TAPI.. kita kena ingat tak bermakna kita menangis beerti kita dah tak mampu nak hadapinya lagi cuma dalam masa kita menangis tu kita akan jumpa kekuatan diri kita lagi-lagi bila kita mengadu pada Allah. 


"Tidak ada orang yang selalu tabah setiap saat, ada lemahnya juga..
namun saat itu terjadi, berserah sepenuhnya kepada Tuhan."

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan kesanggupannya"

 Awakkk, percayalah dengan janji Allah. Allah tak pernah mengecewakan hambaNya. kalau hari ini kita diduga dengan ujian, maka teruslah tersenyum..teruslah bersyukur kerana tak semua orang Allah beri hadiah yang sama. Kita insaan yang terpilih oleh Allah untuk mengharungi ujianNya kerana Dia yakin kita mampu dan mampu untuk menghadapinya dengan hati yang terbuka.Jangan sesekali kita mengeluh ye. :)

"Jangan pernah mengeluh kerana dugaan,
kerana dugaan yang akan menguatkanmu."

"Tidaklah sia-sia apa yang Allah beri pada hambaNya,
 melainkan disusuli berjuta hikmah di dalmnya."




 
 

 awak, terus bersabar ye. tabahkan diri awak. sebelum eka mengakhiri eka ada sesuatu nak kongsi. semoga ianya bermanfaat.hehe. inshaaAllah :)


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !



terima kasih. assalamulaikum :)