Yaasiin-jantung Al-quran.
Jika tubuh manusia mempunyai jantung untuk menggerakkan darah - membekalkan oksigen - ke seluruh tubuh badan, maka surah Yasin adalah jantung Al-Quran yang menjana keunggulan dan keistimewaan bagi cucu Adam yang mengamalkannya.
Bila seseorang membacanya kerana menharapkan redha Allah SWT dan kemenagan di akhirat, maka dosa-dosanya berguguran kerana memperolehi kemapunan dan rahmatNya dengan mengamalkan kalam suci Allah SWT.
MENGAPA YASIN 'JANTUNG AL-QUR'AN' ?
Rasulullah memanggil Yasin jantung Al-Quran kerana banyak ilmu dalam Al-Quran ada dalam Yasin.
Sebagai contoh, misalannya ilmu kenabian Nabi Muhammad SAW :
Yaasiin.Wal-Quraanil hakim. Innaka laminal mursaliin. 'Alaa siraatin mustaqiim. ( ayat 1-4 ) . Itu kenabian Nabi Muhammad SAW.
Contoh lain :
Wayaquuluuna mataa haazal wa'du inkuntum sodiqiin. ( ayat 48 ) .Itu ilmu kiamat.
**___________**
Pelbagai rahsia dan faedah yang mengalir dari amalan surah ini, termasuklah dilimpahi cahaya kebaikan dan terlerailah segala bala serta kesusahan dunia dan akhirat. Surah Yasin bagaikan ladang yang diusahakan dan hasilnya memenuhi dari setiap kejahatan dan keburukan.
akhirul kalam,
Semoga dengan mengamalkan Kalam Allah SWT ini dan Al-Quran secara kesuluruhannya akan dilimpahi keampunanNya dan nikmatNya, insyaAllah. :)
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan comment anda di sini ye!
satu ayat pun takkpe. Makasih :)