Assalamualaikum..hye sayang-sayang eka semua.hee.maaflah lame dah eka tak create entry.eka kurang sehat.tapi sekarang alhamdulillah dengan izin Allah I'm back ! :D
24.01.2013 ni adalah hari yang dinantikan oleh umat Islam untuk menyambut Malidur Rasul.kan.alhamdulillah kita masih berkesempatan untuk menyambutnya.sebelum tuu..mari berselawat nak?mudah-mudahan kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.aminn
alhamdulillah , hari ni kan eka berbesar hati nak share satu citer ngan kawan-kawan semua tau.nak dengar tak?nak.nak.nak kan?hee..tahu dah.citernya bermula dari ...
hadis sahih Bukhari , daripada Abu Hurairah ra katanya :
Rasulullah menugaskan saya menjaga zakat Ramadhan (zakat fitrah).kemudian datang seseorang lalu diambilnya segengam makanan.saya tangkap orang itu dan berkata kepadanya "nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah s.a.w"
katanya, "saya memerlukan, kerana saya mempunyai keluarga dan keperluan yang amat sangat"
kata Abu Hurairah: kerana itu saya lepaskan saja dia.Esok pagi Nabi saw bertanya: "hai Abu Hurairah,apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" jawabku,"ya Rasulullah, katanya dia sangat memerlukan, dan dia mempunyai keluarga.Saya berasa kasihan dan melepaskan dia."
Nabi bersabda: "sebenarnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan datang lagi."
saya pun yakin dia akan datang lagi,kerana kata-kata Rasulullah saw itu, lalu saya intip dia.memang benar, dia datang lagi, dan diambilnya segenggam makanan.terus saya tangkap dia sambil berkata ,"nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah saw."
katanya " lepaskan saya.saya sangat memerlukan ,dan saya mempunyai keluarga.saya tak akan buat lagi."
saya berasa kasihan, lalu saya lepaskan dia.eso pagi-pagi Rasulullah saw bertanya saya "hai Abu Hurairah,apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" saya jawab "ya Rasulullah, katanya dia sangat memerlukan,dan dia mempunyai keluarga.saya berasa kasihan dan saya lepaskan dia."
Nabi bersabda, "sebenarnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan datang lagi."
saya intip dia lagi buat kali ketiga.memang benar dia datang lagi dan diambilmya segenggam makanan.lantas saya tangkap seraya berkata, "aku akan adukan kengkau kepada Rasulullah saw.ini kali ketiga engkau kata tak akan datang lagi tetapi engkau datang juga."
katanya, "lepaskan saya,nanti saya ajarkan kamu kalimah-kalimah yang diberi manfaat oleh Allah,apabila kamu membaca kalimah itu." kataku, "apakah kalimah itu?"
jawabnya, apabila kamu hendak tidur,bacalah Ayat Kursi, Allahu laa ilaaha illa huwal haiyul qayyum..(hingga akhir ayat 255 surah al-baqarah).maka kamu akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah,dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi."
setelah itu saya pon lepaskan dia.esok pagi Rasulullah ssaw bertanya saya, "apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" saya jawab, "ya Rasulullah,dia mengajarkan saya beberapa kalimah yang katanya diberi manfaat oleh Allah apabila seseorang membacanya.kerana itu dia saya lepaskan."
Nabi bertanya "apakah kalimah itu?" jawabku "dia mengatakan kepadaku, apabila kamu hendak tidur bacalah Ayat Kursi dari awal hingga akhir,yakni Allahu laa ilaaha illa huwal haiyum qayyum..., dan katanya,kamu akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah,dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi."
Nabi saw bersabda, " sesungguhnya dia telah benar kepadamu, padahal dia sangat pendusta.tahukah engkau dengan siapa engkau bercakap selama tiga malam itu wahai Abu Hurairah?" jawabku, "tidak."
sabda baginda, "itulah syaitan."
-tamat-
haa..terkejut kan?syaitan pon boleh ajar ayat kursi.sudah tentulah bole sayang.dia tuu pon boleh je baca ayat quran tau.jangan kita lupa syaitan dulu adalah salah seorang hamba Allah yang beriman,patuh dan bertaqwa yang tinggal di syurga.cume disebabkan keangkuhannya itu dia dilaknat oleh Allah.
oleh itu,wahai umat nabi sekalian,ayuh bangkit dari agenda syaitan yang telah lama bersarang di hati kita.semoga kita semua di beri petunjuk oleh Allah taala.insyaAllah. =')




No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan comment anda di sini ye!
satu ayat pun takkpe. Makasih :)