surah al-Waqiah
# al-Waqiah dan hukum beriman dengannya
- Al-waqiah merupakan salah satu nama daripada nama-nama hari kiamat.ia bermaksud perkara yang pasti berlaku.
- beriman dengan hari kiamat merupakan perkara wajib kerana ia terkandung dalam rukun iman.
# tanda-tanda dan proses berlakunya kiamat.
- walaupon Allah tidak menyatakan bilakah berlakunya hari kiamat,tetapi Dia telah menerangkan tanda-tanda kecil mahupun besar sebelum berlakunya hari tersebut.
- antara tanda-tanda kecil hari kiamat :
* anak-anak berani melawan kata orang-orang tua.
* penzinaan berleluasa.
3. antara tanda-tanda besar hari kiamat:
* keluar asap kabus tebal selama 40 hari 40 malam.
* keluar ya'juj & ma'juj yang akan melakukan keganasan di dunia.
* turunnya Nabi Isa & Imam Mahadi bersama-sama membunuh dajjal.
4. turun Imam Mahadi
* beliau akan muncul pada akhir zaman.
* namanya Muhammad atau Ahmad bin Abdullah.
* menyerupai akhlak Rasulullah tetapi tidak menyerupai wajah & bentuk fizikal.
* beliau akan memenrintah bumi dengan penuh keaadilan.sedangkan sebelum
ini bumi ini penuh dengan kezaliman.
* kedudukan beliau amat kuat & mantap.disebabkan keadilannya,kehidupan
manusia di bumi penuh dengan kesenangan.
* selepas itu, Dajjal akan datang. kemudian, Nabi Isa akan turun dan mereka
berdua bersama-sama membunuh Dajjal. setelah Imam Mahdi wafat, beliau
akan disolatkan oleh orang Islam.
5. keluar Dajjal & turunnya Nabi Isa.
* dajjal akan keluar akibat munculnya fitnah-fitnah yang dahsyat.
* tujuannya untuk melawan gerakan Islam serta berusaha untuk membuat
fitnah dalam hal agama dengan menggunakan ilmu pengetahuan, kepakaran
& kekuatan.
* tetapi Allah SWT pasti akan menghancurkan usaha dajjal dengan
menunjukkan ayat-ayat al-Quran yang lebih besar daripada fitnah
yang diadakan oleh Dajjal.
* ayat yang dimaksudkan ialah kemunculan Nabi Isa untuk mengukuhkan
kebenaran yang dibawa oleh Imam Mahdi pada waktu itu.
* demikianlah peristiwa yang akan terjadi pada waktu itu.kemudian
jika dajjal terbunuh , hancur leburlah kaum yahudi yang menyokong dajjal.
jumlah mereka ialah 70,000 orang.
* Allah SWT akan meleyapkan semua urusan yang berkaitan dengan
orang Yahudi sehingga mereka tidak ada tempat lagi untuk sembunyi.
* bahkan jikalau orang Yahudi menyembunyi di temat-tempat tertentu,
makhluk Allah SWT itu akan boleh berkata untuk memberitahu tentang
penyembunyian orang Yahudi tersebut.
- gambaran sewaktu hari kiamat -
doa mohon elak fitnah Dajjal :
maksudnya :
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab siksa api
neraka Jahannam dan siksa kubur, serta
serta fitnah hidup dan fitnah al-masih Dajjal."
p/s :Amalkanlah bacaan doa dan 10 ayat awal dan akhir surah al-Kahfi di dalam
solat 5 waktu kita... Insyaallah Allah melindungi diri kita dari
terkena fitnah al-masih Dajjal.. =')
Tq for information nya.^^
ReplyDeleteMekasih
ReplyDelete