Assalamualaikum sayang-sayang semua. :') lama dah eka tak post entry kann.
maaflah ea,kebelakangan nii eka busy sikit.bukan busy apa,cuma sibuk ambil driving class.hehe so,macam mane kehidupan korang?eka harap semua nya dalam keadaan baik-baik sahaja.insyaAllah,amiin. :')
hari nii kan eka nak cerita pasal seorang hamba Allah pada zaman Rasulullah dahulu.eka sangat tertarik dengan kisah kehidupannya.untuk tahu siapa beliau,ayuhh bace selanjutnya!! ='D
haa,siapa yang tidak kenal Saiyidina Umar Al Khattab kan? beliau merupakan salah seorang yang sangat memusuhi Rasulullah pada zaman itu. namu,peralihan Umar daripada musuh Rasulullah yang paling ketat daripada pembela dan sahabat Rasulullah yang utama telah membuka satu era baru dalam sejarah Islam. hebat kan ?
Jika dahulu Umar begitu gentar menyeksa dan menyakiti pengikut-pengikut Rasulullah, kini umat musyrikin Quraish pula menggeruni beliau.Malah tiada seorang pun pembesar Quraisy yang berani menentang Umar.Mane tidaknya Umar pernah menawarkan dirinya untuk membunuh baginda Rasulullah SAW dengan pedangnya dan kehandalannya, namun atas satu peristiwa ketika mahu membunuh baginda , dengan izin
Allah beliau memeluk agama Islam yakni agama yang benar dan suci.
pengislaman Umar al-khattab
Kisah pengislaman Saidina Umar R.A. ini bermula apabila Islam telah mula
disebarkan oleh Rasulullah S.A.W, antara yang memeluk Islam pada masa
tersebut adalah Fatimah yang merupakan adik kepada Umar al-Khattab R.A
serta suaminya Sa’id Bin Zaid dan pada masa itu agama Islam disebarkan
secara tertutup dan rahsia. Apabila Umar al-Khattab R.A. mendengar
perkhabaran mengenai pengislaman adik kandung beliau, beliau berasa amat
marah dan bergegas ke rumah Fatimah untuk bertanyakan mengenai berita
pengislaman yang dikahabarkan kepada beliau. Namun, hati beliau akhirnya
tunduk kepada keindahan Islam apabila mendengar bacaan ayat al-Quran daripada surah Thaha yang akhirnya membuatkan hati beliau kagum dengan
keindahan Islam dan meminta dibawa berjumpa Rasulullah S.A.W dan telah
mengisytiharkan pengislaman beliau di hadapan Rasulullah S.A.W.
suatu hari, Umar menuju ke kaabah dan mencabar orang musyrikin yang berhimpun di kaabah tetapi tiada sesiapa pun yang berani menentangnya.
Sejak Umar menganut agama Islam, umat Islam mulai bersolat di hadapan kaabah. Umar mengishtiharkan lagi tentang pengislamannya di hadapan orang ramai.
Beliau telah diberi gelaran 'al-Faruq' oleh Rasulullah yang bermaksud pemisah hak dan batil yakni
pada ketika itu telah tersebarnya Islam di kalangan masyarakat Arab dan telah berjaya menguatkan lagi semangat dan perjalanan dakwah
masyarakat Islam pada ketika itu dengan kisah pengislaman beliau.
Terdapat hadis yang menceritakan mengenai Rasulullah SAW pernah berdoa ;
“Ya Allah kuatkan Islam ini dengan salah seorang dari dua orang
yang paling engkau cintai iaitu Umar Bin al-Khattab atau Abu Jahal Bin
Hisyam” – Hadis Riwayat Imam Tirmidizi.
Umar juga telah mengishtiharkan penghijrahannya dari Mekah ke Madinah. beliau berkata dengan lantang kepada musyrikin Quraisy 'sesiapa yang mencabar aku, majulah ke hadapan.aku yakin ibunya akan menangis kerana kematian anaknya.'dengan itu,tiada siapa yang berani menentang beliau.
Dengan pengislaman dan penghijrahan Saidina Umar al-Khattab ia telah
membawa satu dimensi baru bagi dunia Islam pada ketika itu yang mana
dakwah tidak lagi dilakukan secara sulit lagi dan umat Islam dapat
mendirikan solat secara terbuka di Masjid al-Haram tanpa perlu lagi
merasa takut dan bimbang dengan ancaman kafir quraisy. Begitulah kisah
seorang amirul mukminin yang telah dikurniakan Allah S.W.T cahaya
petunjuk dan keimanan di dalam hati beliau yang akhirnya telah
melembutkan hati beliau untuk memilih Islam sebagai pegangan hidup dan
dimuliakan kerana Islam.
-tamat-
Alhamdulillah, selesai sudah cerita serba sedikit tentang Umar al-Khattab.semoga entry kali ini membawa kita ke arah positif iaitu ingin memperjuangkan agama kita yang suci ini.semoga apa-apa yang dilakukan kita yang membawa ke arah kebaikan diberkati oleh Allah. insyaAllah. =')
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan comment anda di sini ye!
satu ayat pun takkpe. Makasih :)