tanda mencintai Rasulullah =')


lihatlah betapa cintanya Rasulullah s.a.w. apabila dikatakan kepada seorang sahabat-Muaz bin Jabal
"wahai Muaz aku sangat mencintaimu. selepas engku menunaikan solat, jangan sesekali kau lupe berdoa kepada Allah dengan doa ini :


"ya Allah, bantuilah aku untuk meniginagtiMu, mensyukuri nikmatMu, dan memperbaiki ibadah kepadaMu." (riwayat Ahmad)


                                                

sudahkan kita jatuh cinta pada Rasulullah s.a.w. ? antara tanda mencintai baginda ialah banyak mengingat, menyebut, merindu dan seterusnya ingin sekali bertemu. maksudnya cinta adalah satu perasaan yang bersemi dalam hati, diluahkan dengan lidah dan dibuktikan dengan tindakan dan pengorbanan. 

jika kita mengakui cintakan Rasulullah s.a.w, muhasabalah sebanyak mane kita berselawat kepada baginda sehari semalam? selawat itu tanda ingatan. setelah banyak mengingat dengan berselawat, tentulah rasa rindu untuk bertemu semakin mendalam.ya, cinta dan rindu sangat sinonim.

"tapi bagaimana saya mahu berjumpa baginda? bukankah baginda sudah wafat?"
ya! memang betul,tapi bukan kah kita boleh menziarahi baginda di masjid Nabawi? jika tidak dapat kesana pon tidak mengapa.minta sahaja pada Allah untuk bertemu dengan baginda walaupun hanya di dalam mimpi.Allahu =').

beruntungnya bagi mereka yang pernah bermimpi bertemu dengan kekasih Allah itu.setidaknya pun pernah menziarahi makam baginda,ya Allah.
   
makam Rasulullah s.a.w di msjid Nabawi, Madinah

sambung : cinta yang hebat akan mampu mendekatkan jarak waktu dan jurang generasi. inilah yang dialami oleh manusia yang hidup pada akhir zaman, tetapi punya cinta yang mendalam kepada Rasulullah s.a.w.

justeru, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "orang yang paling aku cintai dalam kalangan umatku ialah orang yang sesudahku yang sangat ingin melihatku (walaupun dengan mengorbankan) keluarga dan hartanya." -riwayat Muslim.

kesimpulannya, orang yang bercinta mesti banyak mengingati sesiapa yang dicintainya. apabila hati mengingat, mulut akan banyak menyebut. apabila lidah banyak menyebut, hati akan berasa rindu. apabila rindu, pasti terasa ingin bertemu. Ya, begitulah sifir cinta Rasulullah.bagaimana hendak bertemu dengan Rasulullah? jawabnya, dengan mati dalam keadaan sedang berjuang menegakkan sunnahnya dalam seluruh aspek kehidupan ! 

mari berselawat =')

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ                                                                               


No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan comment anda di sini ye!
satu ayat pun takkpe. Makasih :)