Sahabat Hingga ke Syurga ♥


"Secebis senyum membawa seribu makna, Sedetik rindu adalah satu perjuangan, Satu ingatan bersemi di dalam doa dari sahabat untuk sahabatnya "

That happy moment when you've found the person that will help you improve your deen.


Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagiaan dari kecintaanku,
tidak lain kerana Allah.
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini.
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & 
membuatkan dia tidak senang denganku.

Wahai sahabat yang dirimu sentiasa di hati,
maafkan tiap khilafku,
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka di hatimu,
tapi aku sentiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu 
Kerana

PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI

Sahabat yang soleh
Laksana penjual kasturi
Sedikit kesnnya
Keharuman melata

Sahabat yang soleh
Kebaikannya menjadi tumpuan
Keimanannya terus digilapkan
Ketaqwaannya dapat ditingkatkan
Mengalahkan syaitan yang siang
Malam berjuang untuk kerosakan

 
Sahabat yang soleh
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat & pangkat bukan soal pilihan
kejayaan yang dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran
Yang mulia di hati budi
Asasnya iman
Neracanya taqwa

Sahabat yang soleh
ialah di sisimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada setiap kegembiraan
Yang mendampingimu pada saat kesedihan
Yang sanggup berkongsi kepentingan
Yang tidak pernah mengungkit pemberian
Yang sentiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya tanda ingatan
Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan
Untuk merialisasikan sebuah pengorbanan

Sesungguhnya

Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah
kau bina dengan penuh kasih & sayang

Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan.

 

bff till jannah,insyaAllah   

1 comment:

  1. this is for me.???? hehehe... thank you so much lahh dear.. i love you so much.!! hehehe... :D

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan comment anda di sini ye!
satu ayat pun takkpe. Makasih :)