( tafsir surah Yasiin ayat 82-83 )
Insya Allah Tuhan boleh buat segala-galanya, dengan 'kun fayakun' .Esok kita boleh mati, kita hancur, kita jadi debu, Tuhan kata 'kun' - semua bangun daripada kubur. Dengan 'kun fayakun' , Allah mencipta Adam tanpa ibu bapa, dengan 'kun fayakun' juga Allah menciptakan Isa dengan Maryam tanpa bapa dan dengan 'kun fayakun' Allah, Allah meletak Nabi Ibrahim di dalam api yang menyala selama 40 hari tanpa sedikit pun Ibrahim terkena api tersebut.semuanya yang terjadi kerana apa? kerana 'kun fayakun' Allah.
Allah boleh buat semua dengan 'kun fayakun'. sayang-sayang semua, jangan putus asa dengan Allah walaupun kita ada penyakit yang bahaya misalnya, doktor kata tak ada harapan lagi, namun minta pada Allah, insyaAllah Allah perkenankan. kerana sesuatu perkara itu tidak mustahil terjadi jika dengan 'kun fayakun' Allah.
Dengan ayat ini kita minta pada Allah - Innamaa amruhu..Ya Allah ya Tuhanku, dengan kun fayakun, buang segala penyakit saya. Bangun tengah malam, ambil air, baca :
baca 100 kali
Dengan iringan surah al-Fatihah dan ayat Kursiy bace lah ini - "Ya Allah ya Tuhanku, dengan 'kun fayakun' penyakit saya yang doktor tak boleh ubat ini, hilangkan lah Ya Allah ya Tuhanku, dengan 'kun fayakun', aku boleh sihat daripada penyakit ini."
Insya Allah sayang, dengan izin Allah, kita akan sembuh.yang paling penting, jangan putus asa dengan Allah.Allah nak beritahu kepada kita - apa sekali pun, dengan 'kun fayakun' Tuhan boleh buat apa sahaja dengan izinNya atas apa yang kita mahu.
Maha suci Allah, segala malakut - apa dia malakut? Kuasa dan milik. Malkuutu kulli syai-in wa-ilaihi turjau'uu. Apa saja - kuasa Allah. apa saja Milik Allah. dan kita semua akan kembali pada Allah.
sayang, surah Yasiin ini satu daripada surah yang terbaik untuk aqidah. Ia diturunkan di Mekah. Rasulullah pernah berkata - "Yasin itu daripada surah terbaik untuk hajat"
Atas hajat apa kita baca, ingat baik-baik sayang,boleh membacanya dengan bermacam-macam cara mengikut cara ulamak dari Pakistan,Indonesia dan para ulamak yang lain. tidak hanya dengan satu cara. pasal apa? kerana Allah nak suruh kita yakin bahawasanya Tuhan boleh buat semua, dengan 'Kun Fayakun'.
-tamat-
rujukan daripada Dr. Fatima Elzahra Muhamad Ramadan.
waaaa,,,!! pensyarah muda kite ni mst rajin membace.. 2 yg byk dapat info nih.. hehehe.. btw,, nice entry lahh syg.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah,terima kasih sygg.malu kita.hehe.banyak membaca tu takda lah sangat.biasaII je.hehe.jumpa tajuk nii pon masa tu terselak ada satu buku tu.nampakk menarik tu yang eka share.hee :)
Deleteterima kasih byk2...
ReplyDeleteterima kasih byk2...
ReplyDeleteTerima kasih byk2..
ReplyDeleteInnamaa amruhu lepastu niat selepas habis niat teruskan bacaan sampai habis ?
ReplyDelete